^_^

^_^

Search This Blog

Loading...

About Me

My photo
i am 15 years old...pliss be my followers...(^_^) name aq syed mustaqeem...aq tau suda ramai yg knl aq...hohoho..(bkan nnk bgge tp knyataan)hehehe..gura2...hurmmm...arap citer nie dpt mnghiburkan anda yepp...see ya next time..smile always.XD

Thursday, 17 March 2011

SINARAN HAMPA



Menggigil tanganku ketika membaca telegram yang dihantar terus kepadaku yang ku terima di pejabat hal ehwal pelajar. Dunia kurasakan gelap. Kepala ku pusing. Lidah ku kelu dari berjuta kata. Tanpa berlengah, aku terus berlari ke dorm ku dan mengemaskan pakaian ku. “ Aqeem, what happen? “ ,Messi, teman rapatku yang juga teman sebilik ku kehairanan memandangku. Aku hanya mampu memandangnya dengan wajah yang penuh kesedihan tanpa berkata-kata. 

Messi, memang seorang yang memahami. Dialah saja pendengar setia terhadap semua masalah ku. Dia memegang bahuku dan aku memeluknya sambil menangis. Messi masih lagi tertanya-tanya dan terpinga-pinga dengan kelakuanku. Di mindaku,sudah tentu timbul 1001 persoalan di fikirannya. Seperti merasa apa yang ku rasa, Messi menenangkanku. “Everything gonna be alright. Just relax, and then tell me what happen..” “my dad...my dad....” nadaku terputus-putus. “my dad, he just...died. I need go back to Terengganu right now. “

Messi turut terkejut dan bersedih dengan apa yang berlaku. Kerana dia juga mengenali ayahku. Messi mendesak untuk menghantarku ke lapangan terbang UK Internatinal Airport. Pada masa itu aku hanya menurut saja.
“take care Mustaqeem”.. “dont worry, i will be back soon. Take care too.. “ Messi masih setia berdiri di terminal itu sehingga aku berlepas pulang sambil melambaikan tangan padaku.

Sepanjang dalam penerbangan pulang, aku asyik teringat dengan arwah ayah. Sememangnya aku masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa ayah telah pergi untuk selamanya. “ Aqeem, apa impian Aqeem?” begitulah pertanyaan yang ayah selalu ajukan kepadaku.. “ayah..Aqeem nak jadi..jadi..jadi pengarah syarikat “. Nada kanak-kanakku masih tersekat-sekat. Ayah hanya mampu tersenyum. “kamu masih kecil,tapi kamu sudah punya impian yang besar. Ayah bangga akan kamu sayang”. Rasanya setiap hari selepas pulang dari sekolah mesti ayah akan tanyakan soalan yang sama selama 9 tahun sehinggalah aku di tingakatan 3. “saya nak jadi pemilik dan pengarah syarikat lah ayah..” itulah juga jawapan yang sama yang aku akan lontarkan. Sebenarnya, aku tertanya-tanya kenapa soalan itu yang mesti diajukan kepadaku. Sehinggalah satu hari aku memberanikan diri bertanya kepada ayah..”mengapa ayah selalu menanyakan soalan yang sama padahal jawapannya juga sama? Jawab ayah” nak, kehebatan dan kekayaan seseorang bukan pada pangkat dan hartanya. Tapi pada hati budinya. Ingat nak, perjalanan hidup kita masih panjang. Jangan terlalu tumpukan hal dunia saja. Jadikan impian mu,impian yang bermakna kelak. Kejayaanmu bukan pada akademik semata. Tapi sebagai muslimin sebenar.”

Aku mula memahaminya. Perjuangan kita belum selesai. Masih jauh lagi perjalanan yang harus ku tempuh. Pangkat, belum dapat menentukan siapa aku sebenarnya. Ayah juga sentiasa mengingatkanku agar sentiasa rendah diri dan bersyukur dengan apa yang ada. Ayah adalah seorang yang berjaya dalam perniagaannya. Namun demikian, sedikit pun ayah tidak pernah bermegah dengan statusnya. Malah, lebih suka memilih untuk hidup seperti orang kampung, hidup penuh kesederhanaan. Ayah juga selalu berkata,” di dunia ini semuanya hanya sementera. Jangan sekali lupa pada pencipta”

Sejak ketiadaan ibu 40 tahun lalu, ayahlah yang membesarkan aku hidup bersendirian dengan adik kesayanganku. Dialah ayah, dan dia juga ibu. Meski sibuk dengan kerjayanya, namun tidak sekalipun ayah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap kami beradik. 

Sedar tak sedar,aku telah pun tiba di KKIA. Aku segera mendapatkan teksi dan bergegas pulang untuk melihat wajah ayah untuk kali terakhir. Dalam hati, aku memohon maaf pada ayah dan kesal kerana tidak dapat menemani ayah di saat ayah menghembuskan nafas terakhir. “ maafkan aku ayah. Maafkan Aqeem” Hanya Al-Fatihah sahaja yang mampu ku sedekahkan pada ayah. 

“Qeem,ayah dah tak ada Qeem..ayah dah tak ada”. abang tak henti-henti menangis. “sabarlah bang, semua di dunia ini hanya sementara.yang hidup pasti akan pergi juga”. abang memelukku dengan erat. 


“Bang,abang tak apa-apa bang?”. Pertanyaan isteriku membuatkan aku tesentak dari lamunan. “tak lah, abang okey je.\abang cuma teringat arwah ayah. Kira sayang nak lawat kubur ayah harini”. “biarlah Lyss temankan. Nanti lepas abang jemput Dania, kita pergi bersama ya abang?” “ye lah abang.” Balasku..ringkas. Hari ini, 15 Oktober 2028,genap 24 tahun ayah telah pergi selamanya. Tapi peristiwa hari kematian ayah,seolah-olah baru saja berlaku semalam. Sememangnya, aku sehingga kini masih lagi terasa kehilangan. Dialah pejuang dalam hatiku. Pejuang untuk keluarga kami yang tak pernah kenal perit. Berjuang dalam membesarkan kami agar kami menjadi manusia berguna. Gambar ayah yang sejak dari tadi ku tatap, masih lagi erat dalam genggamanku. Aku sememangnya masih merindui wajah itu. Wajah jernih dan penuh wibawa.

“Ayah, Aqeem dah berjaya jadi pemilik dan pengarah di sebuah syarikat perkomputeran, ayah.. Tentu ayah turut berbangga dengan kejayaan Aqeem sekarang.Aqeem dah berjaya menghabiskan program Master Aqeem. Abang Iddin banyak membantu Aqeem. Dialah segala-galanya ayah. Alangkah baiknya jika ayah masih ada dan dapat melihat kejayaan Aqeem.” Hati kecilku berkata seolah-olah ayah mampu mendengar bisikan hatiku. Setelah aku tamat pengajian Master ku, aku segera balik ke Terengganu setelah lebih kurang 10 tahun aku tinggalkan.

Sememangnya aku sentiasa berdoa kepadaNya agar ayah ditempatkan di kalangan orang-orang mukmin. Aku masih merinduimu ayah dan sentiasa merinduimu.

Malam itu, aku menjemput abangku dan keluarganya untuk jamuan makan malam di rumahku. Lebih dari sekadar jamuan biasa. Aku menjemputnya pun kerana ku fikir ada perkara yang perlu di perkatakan antara kami. Sememangnya kami sudah lama terpisah dari keakraban aku dan abang. Bertahun kami hidup seperti orang asing. Setelah ayah pergi, abang jarang menemuiku. Jauh sekali untuk bertanya khabar. Malah abang tidak lagi pernah pulang kerumah ayah setelah ayah tiada. Semasa usia remaja masih meniti antara kita, abanglah satu-satunya sahabat yang ku ada. Kadangkala, menjadi tembok pelindung ku.

Tapi masa yang pantas beredar itu turut membawa semua situasi indah kita terus menciptakan jurang pemisah antara kita. Kenapa semua ini terjadi. Harapan untuk menjadikan hubungan kita lebih baik selepas jamuan itu ternyata hanya sia-sia. abang tidak semesra dulu. Malah abang hanya sibuk membincangkan hal bisnes. Tak lebih dari itu. Sofea pula terburu-buru hendak pulang. Tanpa berkata apa-apa, abang berlalu begitu sahaja. Aku kesal. Tapi pada masa yang sama, semuanya berubah. abangku memperlakukan ku seperti aku tidak wujud. Dahulu ketika aku konvokesyen di University of Brimingham, abangku tidak hadir padahal aku tahu adikku boleh datang menjemputku. Ketika graduan lain gembira meraikan kejayaan bersama keluarga, aku hanya duduk menyepi di bangku taman tanpa ada sesiapa di sisiku. 

Sememangnya aku masih terasa kehilangan..kekurangan. Kebahagiaan dulu hanya tinggal sejarah. Abang, mungkinkah ada sinar kebahagiaan lagi antari kita? Kenapa kau menjauh setelah ayah tiada? Aku merindui abang Iddin yang ku kenali dulu. 

2 comments:

  1. x tau lh plak sarah abg sarah pandai wat cerpen... sdp plak 2... tahniah!

    ReplyDelete

There was an error in this gadget